Sunday 14 June 2015

Repeat order Forever Living Aloevera Gel

Assalamualaikum!!

Hari ni nak cerita lagi tentang aloevera gel. Ramai okay yang berpus hati lepastu repeat order. Aku harusla happy. Sebab dapat tolong org kan. Kira org berpus hati n percaya dengan kita la kan. Kadang aku risau juga kalau barang sampai lambat, nanti customer marah. Tapi tu sebab courier tu ha yg lambat. kadang barang boleh sampai sehari je. Tetiba boleh pula kata salah alamat la apa la. Padahal customer tu bertahun dah ha duduk situ. takkan xtau alamat rumah sendiri? Haa rasa nak sepuk je posmen ni kan. Malas ke apa tah tu. kang tetiba track parcel dah jadi self collect. Tak ke hangin?? -_-

Okay tukar topic. Dah melalut. Ni nak tunjuk testimoni n repeat2 order. Nak bagi korang percaya sikit. Come on la barang dah 30 tahun kat pasaran kot? Memang semua barang dia jual aloevera. Takkan la nak tipu xbagus pula kan?



Yang mana belum order tu, jom order dari iolss. 

Boleh je whatsapp 0129940993

Byeee



Thursday 11 June 2015

FOREVER ALOEVERA

So far ramai dah customer yg repeat order ni. Kebanyakan mmg suka dgn pelawasan yg diorg rasa tu.Siap ada testimoni berat kurang, perut dah xbuncit la semua. Tengok testimoni bawah ni ye :




Dua ni mmg testimoni fresh dari oven. lol. memang the best la kan. sape xnak perut leper, badan kurus. kan?

Lagi 1 aloevera memang membantu utk jeragat. Bila aku google2, baca2, mmg ramai le yg berceria tentang cara traditional rawat jeragat. Tapi aku mmg percaya la sebabnya aloevera kan sejuk? Pigmentation jadi kan sbb panas kan n cahaya matahari juga. Maka marilah kita minum aloevera n guna pencuci muka dia. Untuk pencuci muka nanti aku cerita next entry ya.






Wednesday 8 October 2014

Nak update blog tapi takde cerita

Sedih ke tidak tajuk aku? sebab tu la kot aku bukan dilahirkan sebagai seorang blogger. haha. life aku mcm sama je hari2. nak merepek apa je pun. pergi lab, buat labwork, balik, tgk korea, tidur. itu je. hahha

sekarang tgh bercita2 nak kurus!! maka kena berusaha. tapi.... makan lagi sedap. acanne? nak amik produk2 ni mcm xgemar la plak. tapi xpe. kita tunggu camne nanti. hehe

k byeee

Tuesday 9 September 2014

ZZZzzzzz hangat hangat tahi ayam

Sape tak tau maksud hangat hangat tahi ayam? pergi masuk sekolah balik!! haha. Bersawang dah blog aku ni. padahal hari2 baca blog org lain. blog sendiri terabai. yela.. org lain byk cerita, aku xde cerita apa2 :(  Macam xde life pun ada gak.bangun tidur, pergi lab, kat lab ntah apa2 je la aku buat pastu blk, tgk korea, malam tidur. dah tu je. hahah. Bosan ke tidak. :p

Sekarang ni sibuk nak diet and exercise. nak kurus mcm dulu plsssss. nak jaga makan ( mampu ke kau??) hahah

dah takde cerita. nanti aku fikir2kan apa nak cerita

26,27,28 december geng2 gadis2 jubah nak melepak bersamaa... gahhh harap2 jadi la insyaAllah.

Okay byeee... sambung baca blog org lain :p

Monday 16 June 2014

kahwin dan kahwin

NI entry terperap. haha

Lama x update. tapi ada je yg baca. tak tau la korang google apa yg boleh smpai dkt blog aku ni. haha. last week balik johor yeah ada wedding 31 may tu. ada 2 wedding. dua2 kawan sekolah menegah. minggu ni blk jhr lagi sebab 7 june ada 3 wedding lagi. berlumba2 hah nak kahwin. cuti sekolah kan. aku je la ni xtau bila lagi. ahha

pergi kenduri kahwin adalah seronok sbb dapat jumpa kawan lama yg nak jumpa setahun sekali pun payah. hahah. ada yg tgh pregnant, ada yg bawak baby. awww comel2 hehe

tunjuk gambar pengantin la ye 

           ni dengan oja. cantik baju dia 

        Ni dekat majlis liyana amni.

Kitorg sebelum pergi tu( narissa n dila) tertanya2, si liyana ni knal kitorg ke x eh. xper la pergi jela org dah jemput  kat fb. haha. tapi lepastu dia lambai, hah nasib baik kenal. hahah.

okay dah tamat kat sini :)

Senandung Malam ,Bagan lalang

umpama aktiviti setiap bulan ni. before ni pernah cerita juga tempat ni. hahah. this time pergi nak cuba binatang yg dalam buluh tu. xtau apa nama. bila dah kat sana baru tau nama dia pepahat. hahah. jom layan gambar makanan je la eh

tu ha yg kat tengah2 tu nama dia pepahat.haha okay2 la rasa dia. aku tgk org lain amik byk2 je. tapi rasanya lepas ni aku dah x order lagi kot. hahah. so semalam kitorang makan sotong tepung, siakap 3 rasa, udang butter, pepahat masak xtau ( sbb order sambal tp dapat lain), kangkung belacan. nasi 2, sirap 2, laici 1 dan fresh orange. 

total bersih RM67.60. aku teka rm70, quchai teka Rm 68.30z. cis aku kalah lagi. haha

lepastu lepak jap tgk sunset. air dah naik time ni. ada abg tu dia menjala. tgk ni ikan dia


xtaula ikan apa. kecik2 je hahah


dan tamat la cerita. k bye :)

Friday 23 May 2014

modvier dan wonder mama

hari rabu haritu aku teman asmaa teman kawan dia pau pergi beli baju dekat modvier. pau nak beli jubah lacey ara calaqisya itteww.

aku tak faham macamane modvier boleh kat situ sebab parking takde. susah juga la. ke belakang2 tu ada? ntah la xtau. sepanjang kat kedai tu beberapa kali gakla dengar org jerit, kereta sape bla bla bla tolong alihkannnn. hehe

Ni 1st time aku pergi modvier ni. aku gambarkan dalam otak ni lain, bila dah sampai lain. macam hampa sikit. ntah. nak kata kosong sgt, xla juga. sebab kalau penuh sgt kang xmuat bila ramai. nak kata x menarik, xde la juga. eiii tak tau. maybe sebab sebelum ni tengok gambar2 nampak mcm cantik, tu yg aku berharap lebih tu. tapi okay jewww. cuma fitting room tu ada 3 je. time aku xpergi ramai org okay la. kalau time ramai camne ek? huu

byk baju tinggal yg besar2 je. size S byk dah habis. pastu vendor mcm xrestock baju diorg. haha. 

tapi pau dptla lacey ara dia. color pink cantik. xtau nak ckp camne. tapi ada 3 color je pun time tu. masa jumaat minggu lepas aku g calaqisya kat sana byk color. huu

oo lepas tu terjumpa master cery. dia presidential master dlm shaklee. kaya habis tu. pastu dia xkp baju dia S tp xde size. tau x mana butik diorang2 ni. bila aku bagitau, dia ckp eh kau ni semua benda tau. haahah. tau je, nak beli duit takdo :p

lepas modvier kitorg g makan wonder mama kat bangsar village.
sedapppp. asmaa yg ajak pergi situ. layan gambar je boleh?

spaghetii pau. xingat la nama apa.bunga sekadar hiasan haha Rm22.00

beef burger ni sedap x hingat. cili atas fries tu adalah sgt sedappppp. ni aku punya Rm18.90

erm black pepper fried rice with soft shell crab kot?? sedap jugaaaa. rm20.90

portion besar tau semua. semput nak habiskan. pergilaaaa. x menyesal sebab sedap!!