Serius. Lagi2 bila kau kena deal dengan benda yg kau mmg tak
pernah sentuh lagsung dalam degree kau. Dalam kes aku ni adalah MICROALGAE. Ahah.
Tau la kan bacteria 24 jam dah boleh hidup dengan bahagia nya ( jeles tau kalau
tgk labmates lain). Kalau microalgae ni nak hidup, amik masa 22 hari. Lama tau.
Berkurun tunggu. Nak analysis lagi, nak sampling setiap 2 hari lagi. So kadang2
cuti pun kena datang.
Benda yg paling di benci adalah bila algae ku contam. Tiba2
adalah makhluk fungus datang menyerang. Kecewa tau! Lagi2 kalau dia timbul
lepas 2 minggu, x sakit hati kau? Dah happy2 algae hidup tiba-tibaaaaa contam
pula. Aku dah bekerja dengan 3 jenis microalgae. Yg ke 3 ni baru lah berhasil.
Bayangkan lah, 1st algae (tetraselmis striata) tu contam, pastu
kitorang terus takde stock. ( sape suruh x preserve) haha. 2nd algae
pulak ( dunaliella salina) yg ni kenapa tah, tak nak hidup2. Last2 aku dapt
strain baru ( Scenedesmus Dimorphus) . hah yg ni abru dapat air tawar punya,
kalau x dua sebelum tu air masin. Gigih kau nak menapis air laut/ timbang NaCl
banyak2. Haha
Aku start strain baru bermula dari 1 mL ye sebab senior I dari
Iran itu bagi 1 mL SAHAJA. Kalau aku
buat bacteria mmg la ckup. Ni buat microalgae kottttt. Tapi yes! Aku survive
hehe. Eh microalgae tu yg survive. Mesti sebab dapat media yg sedap dari aku :p
Ini lah dia microalgae ku itu di bawah microscope
Semoga terus bertabah utk aku habiskan master :) nak cerita byk lagi. tapi macam sains sangat. haha
No comments:
Post a Comment