Friday 23 May 2014

modvier dan wonder mama

hari rabu haritu aku teman asmaa teman kawan dia pau pergi beli baju dekat modvier. pau nak beli jubah lacey ara calaqisya itteww.

aku tak faham macamane modvier boleh kat situ sebab parking takde. susah juga la. ke belakang2 tu ada? ntah la xtau. sepanjang kat kedai tu beberapa kali gakla dengar org jerit, kereta sape bla bla bla tolong alihkannnn. hehe

Ni 1st time aku pergi modvier ni. aku gambarkan dalam otak ni lain, bila dah sampai lain. macam hampa sikit. ntah. nak kata kosong sgt, xla juga. sebab kalau penuh sgt kang xmuat bila ramai. nak kata x menarik, xde la juga. eiii tak tau. maybe sebab sebelum ni tengok gambar2 nampak mcm cantik, tu yg aku berharap lebih tu. tapi okay jewww. cuma fitting room tu ada 3 je. time aku xpergi ramai org okay la. kalau time ramai camne ek? huu

byk baju tinggal yg besar2 je. size S byk dah habis. pastu vendor mcm xrestock baju diorg. haha. 

tapi pau dptla lacey ara dia. color pink cantik. xtau nak ckp camne. tapi ada 3 color je pun time tu. masa jumaat minggu lepas aku g calaqisya kat sana byk color. huu

oo lepas tu terjumpa master cery. dia presidential master dlm shaklee. kaya habis tu. pastu dia xkp baju dia S tp xde size. tau x mana butik diorang2 ni. bila aku bagitau, dia ckp eh kau ni semua benda tau. haahah. tau je, nak beli duit takdo :p

lepas modvier kitorg g makan wonder mama kat bangsar village.
sedapppp. asmaa yg ajak pergi situ. layan gambar je boleh?

spaghetii pau. xingat la nama apa.bunga sekadar hiasan haha Rm22.00

beef burger ni sedap x hingat. cili atas fries tu adalah sgt sedappppp. ni aku punya Rm18.90

erm black pepper fried rice with soft shell crab kot?? sedap jugaaaa. rm20.90

portion besar tau semua. semput nak habiskan. pergilaaaa. x menyesal sebab sedap!!

ehem ehem ehem

hari isnin haritu kannnnn aku kannnn pergi tempah baju dekat bellaruddin. tapi dia xde, pergi bangkok. pekerja dia je ada. dalam 5 org xsilap. aku buat  kurung moden dan lace di tempat2 tertentu. utk apa??? ha kita tungguuuu :p

search ig : bellaruddin

cantik baju2 dia :) yayy

NYX soft matte lip cream

Dulu kan ada musim tahun 2010 tiba2 je popular dengan lipstick NYX. tapi time tu aku xbeli. sebab ramai online seller kan. so mcm xpercaya sangat ( berlagak sangat kau ni). tapi lipstik aku time tu pun apa je. ke xde langsung? lupa. ada pun maybeline camtulah.

lepas tu kan aku g US. sekali kat sana lipstik ni harga $4 camtu je. mmg akak xpandang lah. sebab aku lagi mengejar lipstik branded2 yg murah mcm bobbi brown, mac ke kan. hahah. lepastu ni balik msia oo bermusim lagi rupanya nyx ni. aku ada 2 dah lipstick nyx. satu pink gila satu merah gila. lol. dua2 beli kat sephora rm26. dua2 pun x dirancang utk dibeli. try2 color yg best lepas tu beli. haha. kalau beli online kena preorder kena bayar postage. nak ckp minya kereta bazir pergi sephora?? tak okat. sbb kan dah ckp mmg xplan nak beli.haha

Di sini aku nak nyatakan la betapa menyesal nya xpakai dia dari dulu. best sgt okay! dia ada bau vanila pastu mcm xrasa pakai lipstik. ni aku pakai color amsterdam 


asal letih miza? hahah. aku beli hari ahad haritu. pastu isnin masuk lab xmenyabar nak pakai. pastu dah labmate tegur, ko asal pelik ni? well, laki mmg xley terima perubahan. lol. pastu officer lak berbual dgn aku, haaa terus ketap bibir sebab nak cover warna lipstik aku yg over ni hahah. kalau kau tgk depan2 mmg merah. tapi cantikkkk



sila lah beli. tak mahal punnnn. nanti aku review lipstik2 yg aku ada. ada la dalam 5 lagi kot. tapi warna lipstik aku mmg lebih kurang je. haha

byeeee


Tree of Iman

Hari jumaat lepas aku pergi event dekat karangkraf. ni ha event dia



event ni free. sebab tu aku dtg. hehe bukanla. esok nya ada ilmfest. tapi ada masalah kewangan sikit tu yg xdpt nak beli tiket. sobbb. maka pergila yg free je
sebelum tu meyh tayang muka aku jap

 

pia yg ajak aku pergi. speaker ni best, dia dari US. dia beri perumpamaan org yg percaya lailahaillAllah mmg utuh imannya unpama pokok yg kuat akar mencengkam tanah. aku faham tapi xreti nak explain. ni aku ada print screen dari fb kawan aku :



bagi aku, seteruk manapun kita jgnlah berpaling dari Allah dan Islam. biar bersederhana tapi kita buat semua yg wajib tu :)

setiap hari berzikir. aku selalu zikir 'ya wahhab' utk tambah rezeki. hehe. insyaAllah

Monday 19 May 2014

kain hitam belang putih

ya Allah susahnya nak cari kain mcm ni 

 

ni ha kain belang. tapi ni chiffon. aku nak yg cotton. dulu mcm selalu je nampak. skrg mak aih susah gila kot nak cari. dari jakel sampai kedai biasa pun takde. jalan masjid india pun takde. tunggu balik kluang nanti aku nak cari. harap2 jumpa!

ni bukan utk baju raya tau. tapiiii haaa surprise. kita tungguuu eheheh

Sunday 11 May 2014

Vendeur Festival

Sape pergi VF yg ramai sgt org tu? saya!!!

Gigih kau aku pergi semata2 nak beli dress greek mazlianulmaznan. Gerak dr rumah hajar dalam pkul 9.45. Sampai sana dalam 10.30. Lepastu terkejut bila kat pintu dewan tu, kena stop dan beratur. Eh ni da macam nak masuk butik Coach time black friday LOL. tapi seriussss aku mcm, wadehel ni. hahah. last2 dpt la masukkan. ha lepas tu sesak nafas aku.

Serius wei aku mcm zombie, jalan sikit2. Tempat tu sangat xsesuai utk letak 400 vendor dlm tu. kecil dan sempit sangat. Belum campur vendor yg dg lambat lagiiiiiiiiiiiii. time2 tu la kau nak tolak barang2 kau, bersangkut2 bagai. serius semak wei. org sesak2, kau nak tolak brg kau? seriusly? -_-

Kesian dekat baby2 yg kena ikut mak dia. tapi bukan salah mak dia pun. Sebab sebelum tu aku baca kat instagram ada org tanya, Boleh bawak stroller tak?? oh jawapan dia : Bolehhhh,laluan sangat luas utk hakak2 semua. amboi. byk lah kau punya luassssss.

sebenarnya barang2 kat sana best2. tapi tula. kalau kau dah kena himpit, apa je kau dpt tgk? bila dah lalu kat lorong2 baru mcm lega sikit. aman damai. hihi

sempatlah aku beli dress yg aku nak tu. besar sikit kat bahu. eh takpeee.asal dapt je. hahah. hajar beli kasut dkt shoeblitz n skirt dekat adornlook.

time pukul 12 tu aku tgk booth bellaammara dah mengira duit dah, brg2 dah habis kot utk waktu tu. calaqisya dah mcm pasar borong. org ramai gila, baju pun dah campak2. belum campur org stop amik pic neelofa, -_- buat sesak. ada yg ajak belleyahya selfie, sempat ko dik tgh berhimpit2 tu.

aku dgn hajar gigih nak cari jalan keluar ni, siap naik tangga dewan, takde jalan, pelik gila. tah cmne termuncul blkg dewan, jumpala org jual skirt ashannas blkg dewan. haha. sbb rmai sgt serbu, so diorg kena tutup yg blah depan tu. aku dtg rasa kain je. sebab bukan pakai skirt sgt kan.

Tapi best la brg2 tu, serius. yg xbest sbb kena berhimpit macam zombie


balik tu pergi pre order tudung kat minaz. nak order baju, badan kena size semut. malangnya badan aku size anai2. hahha

p/s : bru dpt berita fairus dah bersalinnn.aww best nya :)

Tuesday 6 May 2014

nananannaan

lama sangat dah x update blog ni. hahah. life aku boringgg. mcm tak ada apa sangat nak di ceritakan. tapi aku dah buat sejarah dengan duduk rumah paling lama lepas aku sambung master ni. 7 hari wei. 4 hari aku ponteng lab. hahah

patut nak balik kluang 30 april malam, balik serdang ahad ( 4 may) so kiranya aku ponteng jumaat je la kan. tapi tiba2 si quchai ada kerja dekat JB hari rabu (30 april tu) , maka terpaksa lah ( byk la kau punya terpaksa) aku ikut balik selasa tu 28 April. dah jadi aku ponteng rabu dengan jumaat. haahha. okay tu tak pe lagi. ntah macamane si quchai kata dia xdpt blk serdang ahad sebab kerja xsettle, dlm hati aku ok la aku blk naik bus la nanti isnin. sebab ahad ramai org. aku dah siap beli tiket. last2 tertutup hati nak blk. hahaah nak semak2 ikut quchai blk hari selasa gak (6may). aku pun jual la tiket aku kat dhiffan kan. ehhhhh tiba2 si quchai ni kata dia terpaksa tangguh n balik khamis. kau rasa???? geram je aku. last2 harini (6 may) balik la aku naik bus ke serdang. menyirap je aku. haha so total ponteng 4 hari


khamis ni ada presentation review paper dannnn aku x siap apa lagi. bagus nya kau miza. apa pun tak boleh ni.


sepanjang aku cuti haritu 2 kali ulang alik jakel BP . jakel la ni g hantar msg 1 may ada sale, maka pergilaaa.eh pastu dpt coupon discount 15%. apa lagi esok nya ulang lagi. tapi beli baju melayu quchai lah.



kain peach tu rm36 semeter, yg turqoise tu rm48 semeter. mula2 elok je akak tu turun kan harga jadi rm33 dgn rm45, eh lpas dia tau aku ada coupon, terus charge harga asal kau. siot betul. kalau tak dah berdouble discount aku dpt! saje la tu nak comission byk. geram je aku. haha

dah habis cerita sia2 aku. yg penting skrg ni sedih sebab xde lauk2 mak yg mcm ni


eh 1 je gambar aku ada. ada lagi sambal ikan bilis kicap dgn sup tulang daging. aaaa sedapppp :( :(