Sunday 27 April 2014

LORAC

yay finally apa yg di tunggu2 dah sampai. hahah. makeup set LORAC. $39 je uollsss tgk ni ha

LORAC : REAL LIFE TO RED CARPET PRO EYE TUTORIAL




aahhhh best gila. time dapat tu terus apply. ikut tutorial xboleh blah tu. haha. eyeliner dia senang gila weih nak apply. brush dia pun best. semua best!! nanti aku tunjuk la isi2 dalam kalau aku ada pakai nanti. heheh.

cerita belinya set ni sebab si pia kawan aku kat US pergi tunjuk web site www.ulta.com . hoiii penuh makeup je situ. tak menggeletek pula kau. tapi di sebab kan bajet ciput. marilahh kita buat pilihan yg tepat. byk tau yg aku senaraikan nak beli. tarte, lorac, too faced n mcm2 lagi. NYX oun ada juga. tapi bila harga mcm xjauh sangat beza. dalam rm8 je pun. kita lupakan je la. baik beli yg dekat malaysia takde. hehe tu jeee.  tips nak cari makeup

1. cari apa yg kau betul2 nak ( mascara? eyeliner?) yg kau mmg akan pakai. supaya x membazir. syaiton sgt
2. pilih brand yg mana
3. compare harga ( kalau amik set, tgk dalam set tu ada apa, mana yg berbaloi)
4. tgk rating juga
5. lepastu beli lah hhahaha

okay byeeeee :)

Tuesday 22 April 2014

makan, progress report, presentation dan sebagainya

tajuk kau kemain panjang lagi kan. aku ni ada masalah tahap malas yg tinggi. lagi banyak kerja, lagi la aku malas. sbb dia mcm stress tau. pastu kau stuck. pernah x rasa mcm tu? last2 nanti terjadi lah kerja last minute ( alasan sgt kau ni) 

jumaat ni ada progress presentation, woi aku data pun tah hape2 ni, minggu depan kena submit proposal ( okay yg ni dah ada tapi kena edit). kadang2 perasaan nak berhenti master adalah sgt tinggi. hahah. okay abaikan. aku nak cerita tentang aku makan egg salted squid yg sedap gilosss dekat

Restoran haslinda sim Abdullah.




Tu harga2. kalau kau makan setakat 2-3 org memadai lah ambil set small saje. paling aku suggest egg salted squid la ye. terpejam pejam mata kau makan kang. hahah. tgk sikit lauknya 


aku order salted egg squid, mushroom chicken dan kangkug belacan. total utk semua ni termasuk air dan nasi adalah rm46.50. 

Nasi habis dulu, lauk xhabis lagi. hahaah 



Monday 21 April 2014

Tutorial : Lukis kening tanpa cukur

Assalamualaikum :)

Hari ni nak tunjuk cara2 lukis kening tanpa cukur. kadang2 bila dah pakai lipstick, eyeliner, mascara, tapi rasa x lengkap pula bila kening terabur macam tu je. Amboih kau. over. hahah.

So apa yg anda perlu ada :




1. Of course lah eyebrow pencil. (aku guna Elizabeth Arden (Fawn 02) Dual perfection brow shaper and eyeliner
2. Concealer ( rasanya AVON punya). utk ratakan aku guna bobbi brown punya brush yg sebenarnya utk eye shdow. haha
3. Brush utk ratakan. ahh lupa pula apa nama diaa (Etude House)

Okay so mari kita mula

First, korang kena lukis dulu rangka dekat kening. macam ni :


Lepastu korang ratakan la guna brush tu. pastikan jgn terkeluar dari rangka. ratakan sampai la garis tu hilang. kat hujung2 tu korang tarik la sikit utk jadi bentuk bujur. nanti dia jadi macam ni


Tgk. Dah ratakan? lepastu letak concealer pula 



jangan pergi langgar pula kening kau yg dah lukis tu. letak concealer tu elok2. dan ratakan. tarik ikut arah bulu tau.



tadaaaa bulu dah tersorok. eh asal la gambar ni gelap pula. maaf. haha. Lepastu baru la korang pakai foundation kat seluruh muka. hati2. jangan langgar kening.

Kalau lukis xjadi2, lukis la semula sampai jadi. hahah. adal xrupa sin chan okay la. jangan pekat sangat juga. Ni contoh kalau aku lukis kening. Still nampak juga la kenig yg x di cabut tu, tapi tersorok la juga sikit :p 



Yakin je uollls. kalau kau rasa dah cantik dari pandangan kau. okay la tu. org lain kutuk kita bukan dengar pun :p hahah

Aku belajar ni dari Aizat Abdul Razak. Semata nak lukis kening. tapi dia lukis harusla cantik. kata makeup artist. haha. okay semua. 

Selamat mencuba :) 

Mi kari udang galah tasik permaisuri

Assalamualaikum

Wah tiap kali pun nak cerita pasal seafood je. jgn nanti aku alah seafood dah la. sedih kang nanti. hahah

semalam nak mkn dekat mi kari udang galah bdr tasik permaisuri. pukul 2.30 dah terpacak depan kedai. bila google, laaa bukan 4.30 lah. Tapi time tu perut dah lapar tahap apa dah, yang terdekat kat situ Q Bistro, maka marilah mengalaskan perut.


Oh xde maknanya alas perut, makan terus la. lapar gila kot. maka orderlah maggi goreng ayam, quchai order bihun goreng ayam. Lepas siap makan, baru pukul 3.30. ada banyak masa lagi ni. Memandangkan memang nak cari jubah, maka jom la ke Cala Qisya. first time aku beli jubah n shawl Cala Qisya. hahah. tapi bila dah settle semua tu, still kenyang. So, kitorang plan pergi kedai mee tu semula dan bungkus.

Ramai ye orang. Semua pun baru lepas tgk JJCM ke apa ni . haha So ni suasna dalam kedai



Kitorang order Mi rebus udang galah XL Rm 17.00. Quchai order nasi goreng udang galah XL Rm14.00

gambar?? gambar tak de. kata makan kat rumah kan. hahah. Sila Google :p

byeee



Saturday 19 April 2014

Senandung Malam, Bagan Lalang

Assalamualaikum :)

Ni cerita 3 minggu lepas. haha. Aktiviti pergi Bagan lalang setiap bulan dah macam aktiviti wajib aku rasa. sebab apa? sebab seafood dia murah dan sedapppp.

Seriusly kalau korang nak pergi memang kena dtg awal. Aku selalu dlm pukul 5 dah terpacak kat kedai tu. tapi sebenarnya dtg lagi awal dalam pukul 4 macam tu. Sebab pergi jalan2 tepi pantai amik angin. hehe. pantai kan best, bagi ketenangan gitu.

ni hah pilihan seafood yg ada 

fresh2 tau semua. amik la mana korang nak. xyah rebut2. beratur elok2. hehe. lepastu nanti sampai turn kau, bagilatau nak masak apa semua tu, air apa, nasi plus lauk2 lain. Macam aku, aku makan ni ha


1. siakap 3 rasa
2. sotomg goreng tepung (wajib)
3. ketam masak pedas
4. sayur kangkung belacan

sedap oiii. ni untuk makan 2 org. itu je la yg ada. kalau ngintai meja org lain, amboi menggunung sotong goreng diorang. tak taula berapa org makan tu. haha

total makanan mcm kat atas ni dalam RM65. 

harga bergantug pada berat yg korang ambil. murah je. betul. dan sangat2 la berbaloi!! ikan yan kitorang amik tu (quchai yg amik sebenarnya) besar gila okay. mengaj nak habiskan. last2 ketam yg xhabis. sebab duk sibuk makan ikan tu. haha


So kalau nak pergi sini dan tak tau jalan, korang tanya je waze. dia sedia membantu. haha

meh belanja sikit gambar pantai bagan lalang




okay tu saje. jangan lupa pergi :) 


utk order shaklee dan forever living boleh contact 0129940993 :)

Love,
Miza





Sunday 13 April 2014

Crab factory


Dulu masa dekat US mmg sgt suka makan boiling crab. kawan2 yg lain pun sama. semua pun pasang angan2 yg sama nak buka kat malaysia. haha. dia punya pedas tu mmg terbaik lah.

2 hari lepas ternampak hanis zalikha up gambar dekat instagram. eh dia makan dalam plastik, alas meja warna putih, pakai bip mcm baby dan ada gambar ketam!! wahhh ni da sama macam boiling crab ni. harus kena pergi. terus google CRAB FACTORY. haaa cerita dia pun sama pergi states and dapat idea dari situ.

Memang terus ajak quchai pergi la kan. xsabar okay nak tunggu ahad. ceh padahal lagi berapa jam je tu. So masa pergi semalam, masuk2 kedai je bagitau quchai , eh bau dia samaaa. xsabarrr haha.

Pelayan kedai ni peramah, xsombong pun. rasa mcm semua laki. ke ada perempuan eh? tak perasan la pula.



Ha ni gambar menu dia. harga seafood rasanya bergantung pada harga semasa. lupa nak snap. masa aku pergi tu 500g udang dalam rm59. yg aku ni gelojoh, sampai tersalah order pergi pilih freshwater prawn, sekali sampai udang kepala besar. tak tau la udang apa, aku xknal udang. haha. udang dia mcm yg aku pegang kat bawah ni. Aku ambil perisa southern bang kot nama dia. lupa haha

Nak order ikut je step dia tu. pilih nak seafood apa, nak rasa apa, nak pedas macamne, yg bag buddies tu optional. xyah pun xpe. 


udang apa tu? haha . Lepastu ckp dgn quchai jom order lagi. xpuas la. kali ni mmg amik Udang biasa la. sebelum tu i xnampak uolls. haha. so order lagi. ha baru puas hati sbb byk sikit. 


Excuse tangan quchai yg comot tu. hehe. Konsep dia mmg sama mcm aku pergi masa kat US dulu. makan bersepah2 atas meja. ada pilihan tahap kepedasan. Aku amik medium je sebab bajet cili malaysia pedas kan. Oh tapi bila sampai xpedas pun. Next time nak order yg pedas gila punya. hahah.

Selain dua tu kitorang order chicken wing perisa cajun. sedap n pedas! air mcm biasa la air coke :)

Total 2 beg udang + chicken wing+ 2 potatoes + 2 coke + 1 ice lemon tea = RM 165 termasuk tax.

Bila upload gambar dkt instagram and Fb, member2 dekat US semua mmg semangat la komen. hahah. mmg sebab rindu okay rasa boiling crab. dan crab factory bagi rasa yg sama :)


Ni gambar after


tak cukup comot ni


Disertakan satu keping gambar boiling crab.