Dulu masa dekat US mmg sgt suka makan boiling crab. kawan2 yg lain pun sama. semua pun pasang angan2 yg sama nak buka kat malaysia. haha. dia punya pedas tu mmg terbaik lah.
2 hari lepas ternampak hanis zalikha up gambar dekat instagram. eh dia makan dalam plastik, alas meja warna putih, pakai bip mcm baby dan ada gambar ketam!! wahhh ni da sama macam boiling crab ni. harus kena pergi. terus google CRAB FACTORY. haaa cerita dia pun sama pergi states and dapat idea dari situ.
Memang terus ajak quchai pergi la kan. xsabar okay nak tunggu ahad. ceh padahal lagi berapa jam je tu. So masa pergi semalam, masuk2 kedai je bagitau quchai , eh bau dia samaaa. xsabarrr haha.
Pelayan kedai ni peramah, xsombong pun. rasa mcm semua laki. ke ada perempuan eh? tak perasan la pula.
Ha ni gambar menu dia. harga seafood rasanya bergantung pada harga semasa. lupa nak snap. masa aku pergi tu 500g udang dalam rm59. yg aku ni gelojoh, sampai tersalah order pergi pilih freshwater prawn, sekali sampai udang kepala besar. tak tau la udang apa, aku xknal udang. haha. udang dia mcm yg aku pegang kat bawah ni. Aku ambil perisa southern bang kot nama dia. lupa haha
Nak order ikut je step dia tu. pilih nak seafood apa, nak rasa apa, nak pedas macamne, yg bag buddies tu optional. xyah pun xpe.
udang apa tu? haha . Lepastu ckp dgn quchai jom order lagi. xpuas la. kali ni mmg amik Udang biasa la. sebelum tu i xnampak uolls. haha. so order lagi. ha baru puas hati sbb byk sikit.
Excuse tangan quchai yg comot tu. hehe. Konsep dia mmg sama mcm aku pergi masa kat US dulu. makan bersepah2 atas meja. ada pilihan tahap kepedasan. Aku amik medium je sebab bajet cili malaysia pedas kan. Oh tapi bila sampai xpedas pun. Next time nak order yg pedas gila punya. hahah.
Selain dua tu kitorang order chicken wing perisa cajun. sedap n pedas! air mcm biasa la air coke :)
Total 2 beg udang + chicken wing+ 2 potatoes + 2 coke + 1 ice lemon tea = RM 165 termasuk tax.
Bila upload gambar dkt instagram and Fb, member2 dekat US semua mmg semangat la komen. hahah. mmg sebab rindu okay rasa boiling crab. dan crab factory bagi rasa yg sama :)
Ni gambar after
tak cukup comot ni
Disertakan satu keping gambar boiling crab.